Al-Waqiah Surah Menakjubkan
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sebelum memulakan bebelan bermanfaat ini (InsyaAllah…) sis ingin menghadiahkan Al-fatihah buat arwah abah yang telah bertemu Yang Maha Esa tanggal 8 Mac 2018 lalu. Semoga Allah lapangkan kubur abah seperti taman-taman syurga, jauhi abah dari seksaan kubur dan azab api neraka serta tempatkanlah roh abah dikalangan orang-orang yang soleh, beriman dan bertaqwa…Al-fatihah..
Amin…
Pertama sekali sebelum sis mulakan bebelan ni, sis nak berterima kasih kepada seorang sahabat yang dikirimkan oleh Allah untuk dipertemukan dengan sis. Terima kasih kepada Allah swt yang mengurniakan rasa cinta pada sis lalu membuatkan sis jatuh cinta pada setiap baris kata-kata yang diucapkannya.
Tatkala insan mulia ini memperdengarkan sebaris ayat suci Quran Al-Waqiah, Maha Suci Allah, sis terus jatuh cinta pada surah yang terdiri daripada 96 ayat itu. Kerana dia, kecintaan pada Al-Waqiah terus terbit saban hari, setiap masa sis mendengari bacaan ayat-ayat ini. Bacaan merdu oleh Ustadz Hanan Attaki dari Indonesia menjadi peneman sis ketika duka. Semoga Allah membahagiakan sahabat sis tu dunia akhirat kerana perkongsian ini.
Juga sis perdengarkan kepada arwah abah yang sedang sakit ketika itu. Allah Maha Besar setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sesungguhnya intipati surah itu amatlah bermakna buat sis. Jadi, sis nak kongsikan apakah firman Allah yang terkandung dalam surah yang ke 56 itu.

PERKONGSIAN INI ADALAH DARI PEMIKIRAN
SIS YANG TAK HEBAT. IA HANYA RINGKASAN SAHAJA. MOHON SEMAK TAFSIR SEBENAR DI
SINI.
Surah Al-Waqiah (Ayat 1- 26) : Tiga Golongan di Akhirat
Pada permulaan surah ini menceritakan tentang kesahihan Hari Kiamat. Di mana pada hari itu golongan yang ingkar akan direndahkan dan golongan yang taat akan ditinggikan darjatnya. Pada ketika Kiamat berlaku, bumi akan digoncangkan sehingga manusia tidak mampu berdiri. Goncangan kuat itu menyebabkan air laut melimpah dan melemaskan manusia. Gunung-ganang pula akan pecah dan menjadi debu.
Kemudian, dipendekkan cerita, semua makhluk mati. Setelah semua makhluk dibangkitkan semula dengan pelbagai keadaan, golongan manusia dibahagikan kepada 3 golongan utama. Pertama, golongan kanan iaitu golongan yang mendapat kebaikan, kedua golongan kiri iaitu golongan penentang dan ketiga, golongan kelas pertama yang akan duduk paling hampir dengan Allah swt.
Kemudian Allah menceritakan suasana di dalam syurga, tentang layanan yang akan diterima golongan ketiga ini. Mereka akan ditempatkan di dalam taman-taman syurga yang penuh nikmat di dalamnya. Golongan ini beristirehat di atas singgahsana dengan tilam yang empuk sambil dilayan dan dihidangkan minuman dari syurga sambil menikmati buah-buahan dan keindahan syurga. Ditemani dengan bidadari yang mempunyai mata bak mutiara. Semuanya indah-indah belaka. Tidak ada perkara sia-sia di syurga, yang ada hanyalah ucapan salam.
Surah Al-Waqiah (Ayat 27- 40) : Golongan Kanan
Setelah diceritakan tentang manusia yang dibangkitkan terbahagi kepada 3 golongan dan perincian tentang golongan ketiga iaitu golongan Muqarraboon (rapat) dengan Allah, ayat ini menceritakan tentang golongan kedua pula. Golongan kedua adalah golongan mukmin yang menerima kitab amalan dari tangan kanan.
Betapa tingginya golongan ketiga tadi, mungkin kita tak mampu tergolong dalam golongan itu. Maka, dengan harapan sis dan pembaca semua dapat masuk ke dalam golongan kedua ini.
Dalam ayat ini menerangkan golongan kedua akan bersenang -lenang di dalam syurga. Menikmati buah-buahan yang lebih manis dari madu. Dengan pokok teduhan yang terbentang luas dan air yang sentiasa mengalir. Pelbagai jenis buah-buahan yang tidak pernah dilihat dan dirasai. Dalam surah ar-Rahman juga disebutkan bahawa satu pokok, ada dua jenis rasa yang berbeza dan semua rasa itu sedap belaka. Selain itu, golongan kedua ini juga akan berbaring di tempat-tempat tidur yang mewah disertakan bidadari yang masih dara (wow, bahagiala korg lelaki yang taat kepada Allah).
Kemudian Allah tekankan lagi, semua ini disediakan untuk golongan kedua. Sebahagian daripada golongan kedua ini adalah orang terdahulu dan ramai juga antara mereka dari orang yang terkemudian. Maknanya sama banyak dapat masuk ke dalam syurga berbanding golongan ketiga tadi (golongan muqarraboon) yang mana ramainya mereka dari golongan yang awal sahaja, tidak ramai dari golongan yang kemudian.
Wallahu a'lam.
Maka insyaAllah teruskan istiqomah semoga kita tergolong dalam golongan kedua. Aamiin..
Ini ringkasan surah 1-40. Mohon rujuk tafsir sebenar untuk memahami dengan lebih terperinci apa yang dimaksudkan dalam ayat-ayat tersebut. Sis akan buat sambungannya nanti. InsyaAllah..
Ermmm...
BalasPadam