Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pengembaraan

Al-Waqiah Surah Menakjubkan

Imej
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Sebelum memulakan bebelan bermanfaat ini (InsyaAllah…) sis ingin menghadiahkan Al-fatihah buat arwah abah yang telah bertemu Yang Maha Esa tanggal 8 Mac 2018 lalu. Semoga Allah lapangkan kubur abah seperti taman-taman syurga, jauhi abah dari seksaan kubur dan azab api neraka serta tempatkanlah roh abah dikalangan orang-orang yang soleh, beriman dan bertaqwa…Al-fatihah.. Amin… Pertama sekali sebelum sis mulakan bebelan ni, sis nak berterima kasih kepada seorang sahabat yang dikirimkan oleh Allah untuk dipertemukan dengan sis. Terima kasih kepada Allah swt yang mengurniakan rasa cinta pada sis lalu membuatkan sis jatuh cinta pada setiap baris kata-kata yang diucapkannya. Tatkala insan mulia ini memperdengarkan sebaris ayat suci Quran Al-Waqiah, Maha Suci Allah, sis terus jatuh cinta pada surah yang terdiri daripada 96 ayat itu. Kerana dia, kecintaan pada Al-Waqiah terus terbit sa...

Bestnya bercuti ala Puteri Raja Dahulu Kala

Imej
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Salam Jumaat semua... Baru-baru ni kan sis ada sertai Road To Agro Tourism Siri ke 4 yang dianjurkan oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC). Terdapat banyak lokasi menarik wajib dikunjungi di utara Semenanjung berjaya dibongkarkan sepanjang siri penjelajahan tersebut. Program hasil kerjasama antara MTC, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) tersebut antaranya telah mengenalpasti sebuah resort percutian yang mampu membuatkan anda mengimbau keindahan kampung suatu ketika dahulu! Bayangkan betapa seronoknya menikmati keunikan inapan ala kampung yang lengkap dengan kemudahan moden dan selesa. Tambahan pula, boleh menikmati kehijauan sawah padi serta merasai kedinginan berenang di sebalik batu kapur serta merehatkan minda dengan keindahan alam semula jadi. Terasa bagaikan di syurga dunia. Keindahan suasana kampung ini dapat dinikmati k...

Pengembaraan Hari Pertama: Road to Agrotourism Zon Utara (Perlis-Kedah)

Imej
Salam semua! Sis kembali berceloteh kat sini selepas 7 hari berlalu. Sis nak kongsikan pada anda semua kisah pengembaraan sis sepanjang menghadiri progam yang dianjurkan oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) baru-baru ini. Program yang dinamakan sebagai Road to Agro  Tourism (RTA) ini sebenarnya dah dilancarkan sejak tahun lalu.  Yang mana siri penjelajahan ini bermula dari RTA Zon Selatan, kemudian RTA Zon Tengah (Kuala Kangsar/Cameron Highland) seterusnya RTA Edisi Wilayah Persekutuan (KL-Putrajaya) dan yang terkini adalah RTA Zon Utara (Kedah-Perlis). Akan datang merupakan RTA Edisi Perak (Bagan Datuk), RTA Zon Pantai Timur (Pahang-Terengganu), RTA Edisi Melaka, RTA Edisi Sabah, RTA Edisi Sarawak dan RTA Edisi Kelantan. Barisan media bergambar bersama Presiden MTC dan Timbalan Ketua Pengarah Operasi LPP Alhamdulillah terima kasih yang tak terhingga pada rakan sis wartawan dari Majalan Laman Impiana yang sudi mempelawa sis untuk menggantikan ...

Rindu Makan Berhidang? Jom Ke Rumah Makan Nasi Talam Di Taiping

Imej
Salam semua.. Rinduuu nak menulis kat blog..huhu.. Nak cite pasal kejadian Ahad lepas. Sis ternampak sorang sahabat ni promote restorannya kat fb. Ni fb restoran tu  Rumah Makan Nasi Talam . Pemiliknya sis kenal masa join Jom Kurus Kevin Zahri dulu. Akak ni baik sangat. Rajin berniaga. Ada butik pengantin dekat Taman Mas Kuning, Taiping. Pelamin yang kak Shila buat semua lawa-lawa. Nanti sis kawen nak mintak kak Shila buat. Bagi discount please…huhu..😘 Kalau nak tahu, restoran ni memang lain dari yang lain. 💓 Sebabnya, ia hidangkan lauk-pauk dalam talam macam orang dulu-dulu! Errr...tapi tak dulu sangatla, zaman sis skolah pun masih guna talam ni makan bersila kat bawah berebut dgn adik2...rindu 😭 Zaman millenium ja orang makan berdiri..😨 Ingatkan nak ajak Sis as, Azam dengan mak sekali. Tapi sebab abah takda orang tengokkan, sis pegi dengan mak ja. Konon-konon taktau jalan guna la google maps. Sekali dia navigate sampai kat kedai yang sis selalu m...