Rahsia cream puff lembut macam kapas, cair di mulut
Salam semua....
Sedapnya cream puff!!
Sis suka sangat, ia adalah pemanis mulut mat saleh paling sedap yang sis boleh telan berbakul2.😂
Untuk resipi ni sis ubah suai guna bahan apa yang ade je.
Pastu nak cut cost lagi sebab bahan premium dia mahai tok2..
Lagipun ni ekperimen je sbb first time buat, kalau menjadi kite guna bahan yang sebenar ye
Untuk resipi asli tanpa pengubahsuaian sila rujuk Ninamirza
Puff
Bahan-bahan
1 cwn tepung naik sendiri
1 cawan / 200ml air
1/2 cwn marjerin
3 biji/200 ml telur saiz A (dikacau sebati dgn esen vanila)
1 sdt esen vanilla
1sdb gula
secubit garam
Cara penyediannya
1.Panaskan oven pada suhu 200’C.
2.Cairkan marjerin dalam periuk dan masukkan air
3.Kemudian masukkan gula dan garam.
4.Kecilkan api, masukkan tepung dan kacau hingga adunan tidak melekat di periuk. Tutupkan api.
5.Masukkan telur yang telah dipukul sebati bersama esen vanila dan kacau sebati.
Tips: jgn terlalu kuat kerana akan menyebabkan puff menjadi liat.
6.Selepas itu, masukkan adunan ke dalam piping bag dengan menggunakan nozel berbentuk bunga tajam atau rosette.
7.Sapu mentega pada dulang pembakar. Paipkan adunan. Jarakkan lebih kurang dua jari.
8.Bakar pada suhu 200’c hingga keperangan (lebih kurg 30 minit)
Masukkan cream custard setelah puff sejuk dengan cara potong sedikit puff muat untuk muncung nozzle sahaja.
Cream Custard
Bahan-bahan
1 sdb tepung gandum atau tepung naik sendiri
1 sdb tepung custard
200ml susu cair
4 sdb gula pasir
1 biji telur saiz A
1 sdb marjerin
1/2 sdt esen vanilla
Cara penyediaan
1.Satukan tepung naik sendiri, tepung custard dan susu dalam periuk. Kacau rata hingga tak berketul.
2.Dah sebati, masukkan telur dan esen vanilla, kacau rata.
3.Masukkan gula, masak atas api perlahan sehingga pekat. Kena kacau selalu supaya ianya tidak berketul dan licin cantik.
4.Dah agak pekat tutup api dan masukkan marjerin.
5.Masukkan custard ke dalam piping bag (gunakan nozzle yang tirus supaya tak koyakkan cream puff nanti)
6.Piping kan ke dalam puff dengan lembut. Sis suka cream bnyak so piping sampai melimpah.
Sedapnya resepi, thanks for sharing.
BalasPadamsama-sama wak..
Padam