Kek Marble Terlajak Laris
Ada ni haaaa. Tengah membaking..
Salam semua.
Hari ni sis tak main masak-masak.
Kita buat mambaking ya.
Kek paling mudah dibuat, sedap di makan begitu sahaja.
Untuk makluman kek marble ini kurang manis.
So, sis suggest tambahla 5 sudu besar susu pekat.
Susu pekat bukan sahaja memaniskan ia juga menambahkan kelembapan kek.
Boleh tengok resipi dekat sini Azie Kitchen atau ikut resipi sis.
Resipi yang sis buat ni untuk 2 loyang kay, harap maklum.
Bahan-bahan:
550 g mentega/marjerin
350 g gula (dikisar halus)
350g tepung naik sendiri
10 biji telur (gred A) di dinginkan
1 sudu teh baking powder (kalau guna tepung naik sendiri sukati nak bubuh ke tak)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh perwarna merah
5 sudu besar serbuk koko
Cara-cara:
1. Pukul marjerin dengan gula sampai kembang.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Dah sekata masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. Kemudian bahagikan kepada 3 bahagian.
5. 1 bahagian masukkan perwarna merah. 1 bahagian kokok. 1 bahagian lagi masukkan esen vanila.
6. Panaskan oven suhu 180 darjah.
7. Sapukan loyang dengan marjerin.
8. Masukkan adunan berselang seli sehingga separuh loyang.
9. Sedia untuk dibakar.
Ulasan
Catat Ulasan