Gulai Ikan Kesukaan Bonda
Assalammualaikum...
Morning!! Apa habaq
semua.
Sis ceria hari ni tau sbb
apa?
Sebab berjaya menceriakan hati
mak.
Mak dengan gulai ikan berpisah
tiada.
memang favorite sgt tu.
Tak taula sedap kat mana tapi
masa sis blajaq dulu,
bila balik kg ja mak mesti
suruh buat gulai ikan.
Hurmm..tq mak.❤ Org tau mak
menghargai dalam diam😍
Ok hari ni sis nak share resipi
gulai ikan biasa- biasa ni.
Resipi ni sis blajaq dari mak.
tapi bukan mak ajaq macam ni
tau, "ayu meh sini mak tunjuk cara nak buat gulai,"
no no no..
Caranya adalah sis tengok ja
mak buh apa dalam periuk tu.
Ikut mak gi amik daun kari,
pastu sibuk tanya soalan macam2.
Sampai mak rasa fed up 😅
Tanpa berceloteh panjang mari lihat bahan-bahannya.
Bahan wajib:
1 kilo Ikan (semua jenis ikan yang sedap mata memandang, sedap
lagi mulut memakannya)
2 bungkus Rempah Ikan Adabi
1 liter Santan sederhana pekat
½ cawan asam jawa pekat (asam jawa habis time ni, so sis terpaksa pakai asam keping)
3 tangkai daun kari (amik yang tak tua sangat)
1 sudu besar halba campur
Bawang merah (sis suka guna bawang besar, 1 biji sahaja)
3 ulas Bawang putih
Garam satu sudu besar
Air setengah cawan.
Minyak untuk menumis
Bahan tambahan:
Bendi
Tomato
Cili merah
Cara-cara:
1. Basuh ikan (Plisla basuh dengan garam dan
limau supaya hilang semua kehanyiran itu)
2. Tumis bawang putih, bawang merah, halba
campur dan daun kari.
3. Kemudian masukkan rempah, xyah masuk air
lagi.
4. Dah agak-agak bau rempah tu dah sampai ke
umah jiran, baru masukkan air.
5. Pastu masukkan asam jawa.
6. Biarkan mendidih sampai pecah minyak
rempah tu.
7. Pastu masukkan santan, bendi dan cili
merah.
8. Biar mendidih jap.
9. Masukkan ikan dan tomato. Reneh sampai
ikan masak (takleh lama sbb xmau ikan hancur)
10. Kemudian hidangla..takkan nak tengok jek
(Kalau ada lebih pass la kat jiran sikit ye)
Ulasan
Catat Ulasan