Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel review

10 restoran steamboat & grill di KL dan Selangor wajib dikunjungi

Imej
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Tercari-cari lokasi menikmati steamboat dan grill? Bagi yang tinggal di sekitar KL dan Selangor terdapat lebih 10 restoran makanan buffet yang wajib anda kunjungi. ASAP Steamboat Lokasi: 94 Jalan Tempinis, Kampung Tengah A, Puchong Operasi: 6pm - 12am Cr. Foto: fb ASAP Steamboat Pak John Steamboat Lokasi: E@curve Mall, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara Operasi: 10am - 10pm Cr. Foto: fb Pak John Steamboat D'Kayangan Lokasi: 1 Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, Shah Alam Operasi: 5pm - 1am Cr. Foto: fb D'Kayangan Al-Fateh Lokasi: Kawasan 1, Lorong Raja Jumaat, Kampung Jawa, Klang Operasi: Dibuka 6.00 pm Cr. Foto: fb Al-Fateh Steamboat  Q Thai Village Lokasi: G13A & G15 Jalan Dagang B/3A, Taman Dagang, Ampang Operasi: 11am - 1am Cr. Foto: fb Q Thai Village Omak Ai! Lokasi: 7A Wisma PZK, Jalan Suarasa 8/3, Bandar Tun Hussein Onn Ope...

Bestnya bercuti ala Puteri Raja Dahulu Kala

Imej
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Salam Jumaat semua... Baru-baru ni kan sis ada sertai Road To Agro Tourism Siri ke 4 yang dianjurkan oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC). Terdapat banyak lokasi menarik wajib dikunjungi di utara Semenanjung berjaya dibongkarkan sepanjang siri penjelajahan tersebut. Program hasil kerjasama antara MTC, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) tersebut antaranya telah mengenalpasti sebuah resort percutian yang mampu membuatkan anda mengimbau keindahan kampung suatu ketika dahulu! Bayangkan betapa seronoknya menikmati keunikan inapan ala kampung yang lengkap dengan kemudahan moden dan selesa. Tambahan pula, boleh menikmati kehijauan sawah padi serta merasai kedinginan berenang di sebalik batu kapur serta merehatkan minda dengan keindahan alam semula jadi. Terasa bagaikan di syurga dunia. Keindahan suasana kampung ini dapat dinikmati k...

Pengembaraan Hari Pertama: Road to Agrotourism Zon Utara (Perlis-Kedah)

Imej
Salam semua! Sis kembali berceloteh kat sini selepas 7 hari berlalu. Sis nak kongsikan pada anda semua kisah pengembaraan sis sepanjang menghadiri progam yang dianjurkan oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) baru-baru ini. Program yang dinamakan sebagai Road to Agro  Tourism (RTA) ini sebenarnya dah dilancarkan sejak tahun lalu.  Yang mana siri penjelajahan ini bermula dari RTA Zon Selatan, kemudian RTA Zon Tengah (Kuala Kangsar/Cameron Highland) seterusnya RTA Edisi Wilayah Persekutuan (KL-Putrajaya) dan yang terkini adalah RTA Zon Utara (Kedah-Perlis). Akan datang merupakan RTA Edisi Perak (Bagan Datuk), RTA Zon Pantai Timur (Pahang-Terengganu), RTA Edisi Melaka, RTA Edisi Sabah, RTA Edisi Sarawak dan RTA Edisi Kelantan. Barisan media bergambar bersama Presiden MTC dan Timbalan Ketua Pengarah Operasi LPP Alhamdulillah terima kasih yang tak terhingga pada rakan sis wartawan dari Majalan Laman Impiana yang sudi mempelawa sis untuk menggantikan ...

Rindu Makan Berhidang? Jom Ke Rumah Makan Nasi Talam Di Taiping

Imej
Salam semua.. Rinduuu nak menulis kat blog..huhu.. Nak cite pasal kejadian Ahad lepas. Sis ternampak sorang sahabat ni promote restorannya kat fb. Ni fb restoran tu  Rumah Makan Nasi Talam . Pemiliknya sis kenal masa join Jom Kurus Kevin Zahri dulu. Akak ni baik sangat. Rajin berniaga. Ada butik pengantin dekat Taman Mas Kuning, Taiping. Pelamin yang kak Shila buat semua lawa-lawa. Nanti sis kawen nak mintak kak Shila buat. Bagi discount please…huhu..😘 Kalau nak tahu, restoran ni memang lain dari yang lain. 💓 Sebabnya, ia hidangkan lauk-pauk dalam talam macam orang dulu-dulu! Errr...tapi tak dulu sangatla, zaman sis skolah pun masih guna talam ni makan bersila kat bawah berebut dgn adik2...rindu 😭 Zaman millenium ja orang makan berdiri..😨 Ingatkan nak ajak Sis as, Azam dengan mak sekali. Tapi sebab abah takda orang tengokkan, sis pegi dengan mak ja. Konon-konon taktau jalan guna la google maps. Sekali dia navigate sampai kat kedai yang sis selalu m...