Sotong Kukus ala Thai
Sejak dari zaman resipi ni viral lagi.
Tapi belum termakbul sbb bila pegi pasar ja mesti sold out.
Pasar Matang takdak, Taiping takdak.
Last2 beli kat Changkat Jering. Alhamdulillah.
Tu pun sebab mak teguq..
"Tu hang duk cari sangat, kata teringin,"
Nasibla mak habaq.
Kalau dak tak perasan sbb mata duk tgk anak kucing kat situ.
Gebu-gebu, rasa macam nak bwk balik sekoq.
Anyway, akhirnya sis pun berjaya beli sotong tu.
Harga dia sekilo RM25 kalau tak silap.
Berat sotong yang dibeli ni sekilo lebih. So kenala bayaq RM30.
Okay jom tengok resipi camana nak buat Sotong Kukus Ala Thai ni.
Resipi sis cilok dari blog Resipi Lazat Sotong Kukus Thai pastu tambah tolak mana yang kurang dan lebih.
Bahan-bahan:
Sotong (Of coursela sotong, ikut suka nak besaq kecik atau sederhana, jgn sotong kering dahla)
Limau atau lemon (kalau ada dua letak ja dua2)
Bawang putih
Daun bawang
Cili padi
Lengkuas (Lengkuas ni penting sebab dia bagi hilang rasa hanyir dan menimbulkan kemanisan sotong)
Daun ketumbar (Daun ketumbar habis masa sis pi pasar tu, sis ganti dengan daun sup)
Garam
Ok done for bahan.
Cara-caranya:
1. Basuh bersih-bersih sotong tu. (Buang dakwat dia, kulit luar dan tulang yang jernih tu and also gigi dia). Pastu kelar-kelar untuk penyerapan maksimum😃
2. Masukkan sotong dalam bekas mengukus.
3. Taburkan garam, daun bawang dan bawang putih yang telah dihiris ke atas sotong.
4. Masukkan lengkuas yang diketuk.
5. Kukus sehingga hampir masak.
Bahan siraman:
1. Perahkan jus limau.
2. Masukkan cilipadi, daun sup yang telah dihiris.
3. Kalau ada letak ja tomato. Takdak takpa.
4. Pastu siramla atas sotong yang dah nak masak tu.
5. Biarkan sekejap (jgn smpai daun sup layu)
6. Angkat dan hidangkan.
Ya Allah manisnya air dia. Masam-masam manis.
Sis suka. Mak pun suka. Love mak.
Oleh kerana makan dua orang ja, sotong tu bertahan sampai malam kami duk ratah.
Selamat mencuba na..
Hmmm.. Lazat nmpknye.. Betul2 uh ni
BalasPadam