Chicker Butter for Soul


Salam...
Tajuk tu saja bagi dramatik sikit. ๐Ÿ˜†
Hari ni sis masak chicken butter resipi sesuka hati.
Sebab bahan yang limited guna apa ja yang ada kat dapur.
Resipi ni tersangatla ringkas.
So kalau rasa mcm tak tau nak masak apa kan, mcm kelam kabut kan buat ja chicken butter ni.
Ianya sesuai dimakan oleh kanak-kanak juga dewasa sbb rasa dia ‘human-friendly’.๐Ÿ˜ƒ


Bahan-bahan A:
½ kilo ayam
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar rempah kari daging
1 biji telur (di kocok-kocok dengan 1 sudu teh garam) ๐Ÿ˜œ
1 tangkai daun kari

Bahan sos:
3 ulas bawang putih
3 tangkai daun kari
1 cawan susu cair (sis guna whipping cream sbb susu cair takdak)
2 sudu besar butter (pun takdak sis guna minyak sapi )

Bahan sayuran:
1 cawan brokoli
1/2 cawan carrot
1 cawan jagung muda (taktau nama sebenar dia)
Nak pedas letakla cili api (disarankan bagi tekak sipemakanpedas)

Cara-cara:
1.       Gaul bahan A dan biarkan 30 minit
2.       Kemudian goreng bahan A sampai rangup, ketepikan.


3.       Panaskan kuali masukkan minyak sapi untuk menumis bahan sos (bau dia siyes wangi!!!)
4.       Masukkan bawah putih yang dicincang halus.
5.       Kemudian masukkan daun kari.
6.       Dah harum semerbak masukkan susu cair. Biarkan meruap.
7.       Masukkan sayur-sayuran dan ayam yang digoreng rangup.
8.       Biarkan kuah menjadi pekat, siap untuk dihidangkan.


Tips:
Untuk mendapatkan ayam yang crunchy dan tahan lama, asingkan tepung+rempah dan telur+garam.
Nak goreng baru gaulkan ayam dengan telur+garam, kemudian tepung+rempah.

Bon appรฉtit!









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 restoran steamboat & grill di KL dan Selangor wajib dikunjungi

Rahsia cream puff lembut macam kapas, cair di mulut

Rindu Makan Berhidang? Jom Ke Rumah Makan Nasi Talam Di Taiping

Daging Masak Kurma Tumis Darat Paling Ringkas!

Terima kasih abah..