Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2018

Kek Marble Terlajak Laris

Imej
Ada ni haaaa. Tengah membaking.. Salam semua. Hari ni sis tak main masak-masak. Kita buat mambaking ya. Kek paling mudah dibuat, sedap di makan begitu sahaja. Untuk makluman kek marble ini kurang manis. So, sis suggest tambahla 5 sudu besar susu pekat. Susu pekat bukan sahaja memaniskan ia juga menambahkan kelembapan kek. Boleh tengok resipi dekat sini  Azie Kitchen  atau ikut resipi sis. Resipi yang sis buat ni untuk 2 loyang kay, harap maklum. Bahan-bahan: 550 g mentega/marjerin 350 g gula (dikisar halus) 350g tepung naik sendiri 10 biji telur (gred A) di dinginkan 1 sudu teh baking powder (kalau guna tepung naik sendiri sukati nak bubuh ke tak) 1 sudu teh esen vanila 1 sudu teh perwarna merah 5 sudu besar serbuk koko Cara-cara: 1. Pukul marjerin dengan gula sampai kembang. 2. Masukkan telur satu persatu. 3. Dah sekata masukkan tepung sedikit demi sedikit. 4. Kemudian bahagikan kepada 3 bahagian. 5. 1 bahagian masukka

Chicker Butter for Soul

Imej
Salam... Tajuk tu saja bagi dramatik sikit. 😆 Hari ni sis masak chicken butter resipi sesuka hati. Sebab bahan yang limited guna apa ja yang ada kat dapur. Resipi ni tersangatla ringkas. So kalau rasa mcm tak tau nak masak apa kan, mcm kelam kabut kan buat ja chicken butter ni. Ianya sesuai dimakan oleh kanak-kanak juga dewasa sbb rasa dia ‘human-friendly’.😃 Bahan-bahan A: ½ kilo ayam 3 sudu besar tepung gandum 1 sudu besar rempah kari daging 1 biji telur (di kocok-kocok dengan 1 sudu teh garam) 😜 1 tangkai daun kari Bahan sos: 3 ulas bawang putih 3 tangkai daun kari 1 cawan susu cair (sis guna whipping cream sbb susu cair takdak) 2 sudu besar butter (pun takdak sis guna minyak sapi ) Bahan sayuran: 1 cawan brokoli 1/2 cawan carrot 1 cawan jagung muda (taktau nama sebenar dia) Nak pedas letakla cili api (disarankan bagi tekak sipemakanpedas) Cara-cara: 1.        Gaul bahan A dan biarkan 30 minit 2.        Kemudian

Tentang redha.

Imej
Catatan 4.04 am Redha Saat kau menyerah Bila hati berbisik Pergila h Dia bukan untukmu... Redha Saat dia menggumam Dia bukan untukmu Hatinya dipilih Hanya untuk insan terpilih Bukan kamu... Redha Di saat kau tidak lagi bertanya Mengapa bukan kamu? Ini ujian? Bukan Hati yang redha Setia dengan Dia Dan ketentuanNya Keredhaan ini Adalah hakiki..

Korean Sesame Mochi Bread

Imej
Assalammualaikum... Morning semua.. Harini sis nak share pasal roti ni. Sis gi makan ngn kwn baik sis kat Ipoh Parade baru-baru ni. Pastu singgah kat Born & Bread. Beli roti Korean Mochi ni. Sedap sangat2. Balik umah sis bagi mak makan. Mak cakap so-so ja..😂 Tapi percayalah cakap sis, sedap roti ni. Sebab sis bg kakak makan pun dia boleh habiskan 3 ketul! Dia pun si pemakan gak.😁 Bau roti ni wangi sangat. Pastu rasa dia tak manis sangat, tak tawar sangat. Sedang elok. Kalau sapa penah makan Mister Donut tekstur dia macam tula. Liat-liat sikit. So harini takdak gambaq pembikinan. Sebab tak buat lagi. Tepung roti dia plak mmg pure dari Korea so tak pegi cari tepung tu. Nak kena tunggu Free Seat Promo pi beli kat Koghea. (macam kat sini takdak kan) Kalau nak tgk resipi boleh try kat sini  Korean Sesame Mochi Bread  atau sini  Chewy Korean Mochi Bread Site ni plak guna tepung yang ada kat Malaysia. Boleh jgk try  Korean Mochi Bread Copycat Ga

Daging Masak Kurma Tumis Darat Paling Ringkas!

Imej
Morning!!! Semalam tgk ada daging lebih buat Sup Tulang merah. So harini pagi-pagi lagi dah keluarkan dari peti sejuk menyahbekukan dia. Cadang nak buat gulai daging, rempah kari plak takdak. Yang ada rempah kurma. Jadi, marilah kita memasak kurma daging paling ringkas dan senang. (gambaq bahan-bahan takdak sbb masak sesuka hati apa yang ada saja) Bahan-bahan 600gram Daging 1 bungkus rempah kurma Adabi 2 cawan santan 4 jenis rempah (buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih) 1 inci halia 1 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 1 biji bawang besar belah 4 Kentang Cili hijau Cara-cara: 1. Campurkan rempah, air dan daging. Gaul sekata. 2. Masukkan daging dalam periuk dan masak selama 45 minit. Masukkan juga kentang. 3. Cukup 45 minit masukkan santan. 4. Sementara itu, tumis bawang, bawang putih yang dihiris bersama rempah 4 sekawan. 5. Bila kuah dah pecah minyak masukkan bawang besar yang dibelah 4, cili hi

Sup Tulang Daging Merah

Imej
Salam semua! Harini sis nak share resipi Sup Tulang Daging Merah. Klu ikutkan sup adalah jernih pastu cair kan? Tapi sup yang ni lain sikit. Dia warna merah dan pekat. Sup Tulang Daging Merah ini asalnya adalah dari Singapura dan Johor. So bagi sesiapa yang takleh terima rasa lain dari yang lain tu, disarankan jangan masak banyak2..cuba dulu sebab rasanya agak masam, kurang pedas dan sedikit  manis. Agak kurang sesuai kepada Perakian yang pemakan pedas macam sis. Sis lagi prefer gulai tulang and daging pure kaw kaw daripada resipi ni (ini pendapat peribadi ye, harap jgn kecam) Okey mai ikuti resipinya (boleh rujuk  Sup Tulang Merah Singapore  dan Sedapnya Sup Tulang Merah   sis bandingkan dua2 site ini utk dptkan resipi paling senang) Bahan-bahan rebus tulang: 1 kg Tulang daging lembu (rusuk boleh, tulang belakang pun boleh) 1 inci halia 1 batang serai 3 ulas bawang putih Sedikit garam Bahan rempah: 3 bunga lawang 5 bunga cengk

Gulai Ikan Kesukaan Bonda

Imej
Assalammualaikum... Morning!! Apa habaq semua.  Sis ceria hari ni tau sbb apa?  Sebab berjaya menceriakan hati mak. Mak dengan gulai ikan berpisah tiada. memang favorite sgt tu.  Tak taula sedap kat mana tapi masa sis blajaq dulu,  bila balik kg ja mak mesti suruh buat gulai ikan. Hurmm..tq mak. ❤ Org tau mak menghargai dalam diam 😍 Ok hari ni sis nak share resipi gulai ikan biasa- biasa ni.  Resipi ni sis blajaq dari mak. tapi bukan mak ajaq macam ni tau, "ayu meh sini mak tunjuk cara nak buat gulai,"  no no no.. Caranya adalah sis tengok ja mak buh apa dalam periuk tu. Ikut mak gi amik daun kari, pastu sibuk tanya soalan macam2.  Sampai mak rasa fed up 😅 Tanpa berceloteh panjang mari lihat bahan-bahannya. Bahan wajib: 1 kilo Ikan (semua jenis ikan yang sedap mata memandang, sedap lagi mulut memakannya) 2 bungkus Rempah Ikan Adabi 1 liter Santan sederhana pekat ½ cawan asam jawa pekat (asam jawa habis time ni, s

Sotong Kukus ala Thai

Imej
Dah lama sis teringin nak makan sotong masak stim ni. Sejak dari zaman resipi ni viral lagi.  Tapi belum termakbul sbb bila pegi pasar ja mesti sold out.  Pasar Matang takdak, Taiping takdak. Last2 beli kat Changkat Jering. Alhamdulillah. Tu pun sebab mak teguq.. "Tu hang duk cari sangat, kata teringin,"  Nasibla mak habaq.  Kalau dak tak perasan sbb mata duk tgk anak kucing kat situ.  Gebu-gebu, rasa macam nak bwk balik sekoq.  Anyway, akhirnya sis pun berjaya beli sotong tu. Harga dia sekilo RM25 kalau tak silap.  Berat sotong yang dibeli ni sekilo lebih. So kenala bayaq RM30. Okay jom tengok resipi camana nak buat Sotong Kukus Ala Thai ni. Resipi sis cilok dari blog Resipi Lazat  Sotong Kukus Thai  pastu tambah tolak mana yang kurang dan lebih. Bahan-bahan: Sotong (Of coursela sotong, ikut suka nak besaq kecik atau sederhana, jgn sotong kering dahla) Limau atau lemon (kalau ada dua letak ja dua2) Bawang putih Daun baw

Tentang ujian.

ujian... datang disaat kita kehilangan tidak mengenal Tuhan Dia rindukan bisikan merintih lalu datangnya ujian ujian... kau hadapi dengan redha kau jangan persoalkan peritnya sakitnya kau usah cari jawapan kerana Dia benar-benar rindukan bisikan merintihmu kau rintih kau rintih pada-Nya kemudian kau akan redha itulah ujian