Sup Tulang Daging Merah


Salam semua!

Harini sis nak share resipi Sup Tulang Daging Merah.
Klu ikutkan sup adalah jernih pastu cair kan?
Tapi sup yang ni lain sikit.
Dia warna merah dan pekat.
Sup Tulang Daging Merah ini asalnya adalah dari Singapura dan Johor.

So bagi sesiapa yang takleh terima rasa lain dari yang lain tu,
disarankan jangan masak banyak2..cuba dulu
sebab rasanya agak masam, kurang pedas dan sedikit  manis.
Agak kurang sesuai kepada Perakian yang pemakan pedas macam sis.
Sis lagi prefer gulai tulang and daging pure kaw kaw daripada resipi ni (ini pendapat peribadi ye, harap jgn kecam)

Okey mai ikuti resipinya (boleh rujuk Sup Tulang Merah Singapore dan Sedapnya Sup Tulang Merah  sis bandingkan dua2 site ini utk dptkan resipi paling senang)


Bahan-bahan rebus tulang:
1 kg Tulang daging lembu (rusuk boleh, tulang belakang pun boleh)
1 inci halia
1 batang serai
3 ulas bawang putih
Sedikit garam

Bahan rempah:
3 bunga lawang
5 bunga cengkih
3 buah pelaga
2 kulit kayu manis

Bahan kisar:
I biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato (kalau ada)
2 batang serai
10 tangkai cili kering

Bahan sos:
1 tin tomato puree
½ cawan Sos tomato
1 sudu besar Sos cili
1 sudu besar gula merah/Melaka
2 biji Kentang goreng dan kisar

Cara-cara:

1.      Rebus tulang bersama bahan-bahan merebus sehingga empuk.
2.      Di dalam periuk lain, tumis bahan rempah sehingga naik bau.
3.      Masukkan bahan kisar. Dan tumis sehingga pecah minyak.
4.      Kemudian masukkan bahan sos.
5.      Masak sehingga pecah minyak.
6.      Seterusnya, masukkan air rebusan daging, kacau rata dan biarkan ia mendidih.
7.      Masukkan garam dan gula merah.
8.      Kemudian masukkan daging, kentang yang dipotong dan biarkan mendidih.
9.      Sedia 


Ulasan

  1. Yg ni untuk berapa org makan ?
    Maafla, akak jarang masak.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 restoran steamboat & grill di KL dan Selangor wajib dikunjungi

Rahsia cream puff lembut macam kapas, cair di mulut

Rindu Makan Berhidang? Jom Ke Rumah Makan Nasi Talam Di Taiping

Daging Masak Kurma Tumis Darat Paling Ringkas!

Terima kasih abah..