Pengembaraan Hari Pertama: Road to Agrotourism Zon Utara (Perlis-Kedah)


Salam semua!




Sis kembali berceloteh kat sini selepas 7 hari berlalu. Sis nak kongsikan pada anda semua kisah pengembaraan sis sepanjang menghadiri progam yang dianjurkan oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) baru-baru ini. Program yang dinamakan sebagai Road to Agro  Tourism (RTA) ini sebenarnya dah dilancarkan sejak tahun lalu. 

Yang mana siri penjelajahan ini bermula dari RTA Zon Selatan, kemudian RTA Zon Tengah (Kuala Kangsar/Cameron Highland) seterusnya RTA Edisi Wilayah Persekutuan (KL-Putrajaya) dan yang terkini adalah RTA Zon Utara (Kedah-Perlis). Akan datang merupakan RTA Edisi Perak (Bagan Datuk), RTA Zon Pantai Timur (Pahang-Terengganu), RTA Edisi Melaka, RTA Edisi Sabah, RTA Edisi Sarawak dan RTA Edisi Kelantan.

Barisan media bergambar bersama Presiden MTC dan Timbalan Ketua Pengarah Operasi LPP

Alhamdulillah terima kasih yang tak terhingga pada rakan sis wartawan dari Majalan Laman Impiana yang sudi mempelawa sis untuk menggantikan dia yang tidak dapat hadir bagi program tersebut. Ini merupakan peluang keemasan untuk sis berkenalan dengan blogger lain serta mempelajari ilmu-ilmu blogging daripada mereka.  Serta jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pihak MTC yang berusaha memastikan siri ini berjalan dengan lancar.


Ucapan daripada Presiden Majlis Pelancongan Malaysia, Encik Uzaidi Udanis

Untuk pengetahuan semua, program ini diadakan bertujuan mempromosikan sektor pelancongan berasaskan agro yang mana pengusaha-pengusaha yang menjalankan perniagaan asas tani, menggunakan sumber tempatan serta dikendalikan juga oleh penduduk tempatan akan diberi peluang menonjolkan produk masing-masing untuk dipromosikan oleh media yang turut serta dalam program ini.

Ucapan oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi Lembaga Pertubuhan Peladang, Puan  Azulita Binti Salim

Sepertimana yang dijelaskan oleh Presiden Majlis Pelancongan Malaysia, Encik Uzaidi Udanis bahawa didalam program ini terdapat lebih 20 destinasi yang telah dan akan dikunjungi oleh media yang dijemput iaitu blogger dan media arus perdana bagi membuat ulasan serta mempromosikan lokasi – lokasi menarik yang belum jarang atau belum dikunjungi sebelum ini. Beliau percaya dengan adanya kerjasama ini pasti akan membuka lebih banyak peluang pembangunan sektor pelancongan serta merancakkan lagi ekonomi di lokasi terpilih.

Puan Azulita mengetuai lawatan media di galeri Lembaga Pertubuhan Peladang

Selain daripada itu Majlis Pelancongan Malaysia juga turut menggariskan beberapa objektif utama  supaya matlamat program dapat dicapai iaitu:

1. Mempromosi destinasi agro pelancongan domestik yang menarik
2. Mempromosi kebudayaan dan kesenian penduduk tempatan
3. Mempromosi sejarah dan warisan tempatan
4. Membina dan mengukuhkan jaringan industri pelancongan
5. Merancakkan sektor agro pelancongan
6. Mempromosikan kraf tempatan
7. Menyuntik semangat kepada pemain-pemain indusri agro pelancongan

Acara flag off berjalan dengan lancar dan media selamat bertolak ke lokasi

Hari pertama siri ini bermula pada 22 Februari lalu di Lembaga Pertubuhan Peladang yang menyaksikan acara flag off disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi Lembaga Pertubuhan Peladang, Puan  Azulita Binti Salim dan Presiden Majlis Pelancongan Malaysia, Encik Uzaidi Udanis serta tetamu kehormat yang lain.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 restoran steamboat & grill di KL dan Selangor wajib dikunjungi

Rahsia cream puff lembut macam kapas, cair di mulut

Rindu Makan Berhidang? Jom Ke Rumah Makan Nasi Talam Di Taiping

Daging Masak Kurma Tumis Darat Paling Ringkas!

Terima kasih abah..