Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2018

10 restoran steamboat & grill di KL dan Selangor wajib dikunjungi

Imej
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Tercari-cari lokasi menikmati steamboat dan grill? Bagi yang tinggal di sekitar KL dan Selangor terdapat lebih 10 restoran makanan buffet yang wajib anda kunjungi. ASAP Steamboat Lokasi: 94 Jalan Tempinis, Kampung Tengah A, Puchong Operasi: 6pm - 12am Cr. Foto: fb ASAP Steamboat Pak John Steamboat Lokasi: E@curve Mall, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara Operasi: 10am - 10pm Cr. Foto: fb Pak John Steamboat D'Kayangan Lokasi: 1 Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, Shah Alam Operasi: 5pm - 1am Cr. Foto: fb D'Kayangan Al-Fateh Lokasi: Kawasan 1, Lorong Raja Jumaat, Kampung Jawa, Klang Operasi: Dibuka 6.00 pm Cr. Foto: fb Al-Fateh Steamboat  Q Thai Village Lokasi: G13A & G15 Jalan Dagang B/3A, Taman Dagang, Ampang Operasi: 11am - 1am Cr. Foto: fb Q Thai Village Omak Ai! Lokasi: 7A Wisma PZK, Jalan Suarasa 8/3, Bandar Tun Hussein Onn Ope

Bestnya bercuti ala Puteri Raja Dahulu Kala

Imej
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Salam Jumaat semua... Baru-baru ni kan sis ada sertai Road To Agro Tourism Siri ke 4 yang dianjurkan oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC). Terdapat banyak lokasi menarik wajib dikunjungi di utara Semenanjung berjaya dibongkarkan sepanjang siri penjelajahan tersebut. Program hasil kerjasama antara MTC, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) tersebut antaranya telah mengenalpasti sebuah resort percutian yang mampu membuatkan anda mengimbau keindahan kampung suatu ketika dahulu! Bayangkan betapa seronoknya menikmati keunikan inapan ala kampung yang lengkap dengan kemudahan moden dan selesa. Tambahan pula, boleh menikmati kehijauan sawah padi serta merasai kedinginan berenang di sebalik batu kapur serta merehatkan minda dengan keindahan alam semula jadi. Terasa bagaikan di syurga dunia. Keindahan suasana kampung ini dapat dinikmati k

Rahsia cream puff lembut macam kapas, cair di mulut

Imej
Salam semua.... Sedapnya cream puff!! Sis suka sangat, ia adalah pemanis mulut mat saleh paling sedap yang sis boleh telan berbakul2.😂 Untuk resipi ni sis ubah suai guna bahan apa yang ade je. Pastu nak cut cost lagi sebab bahan premium dia mahai tok2.. Lagipun ni ekperimen je sbb first time buat, kalau menjadi kite guna bahan yang sebenar ye Untuk resipi asli tanpa pengubahsuaian sila rujuk  Ninamirza Puff Bahan-bahan 1 cwn tepung naik sendiri 1 cawan / 200ml air 1/2 cwn marjerin 3 biji/200 ml telur saiz A (dikacau sebati dgn esen vanila) 1 sdt esen vanilla 1sdb gula secubit garam Cara penyediannya 1.Panaskan oven pada suhu 200’C. 2.Cairkan marjerin dalam periuk dan masukkan air 3.Kemudian masukkan gula dan garam. 4.Kecilkan api, masukkan tepung dan kacau hingga adunan tidak melekat di periuk. Tutupkan api. 5.Masukkan telur yang telah dipukul sebati bersama esen vanila dan kacau sebati. Tips: jgn terlalu kuat kerana akan menyebabkan puff menjad

Pengembaraan Hari Pertama: Road to Agrotourism Zon Utara (Perlis-Kedah)

Imej
Salam semua! Sis kembali berceloteh kat sini selepas 7 hari berlalu. Sis nak kongsikan pada anda semua kisah pengembaraan sis sepanjang menghadiri progam yang dianjurkan oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) baru-baru ini. Program yang dinamakan sebagai Road to Agro  Tourism (RTA) ini sebenarnya dah dilancarkan sejak tahun lalu.  Yang mana siri penjelajahan ini bermula dari RTA Zon Selatan, kemudian RTA Zon Tengah (Kuala Kangsar/Cameron Highland) seterusnya RTA Edisi Wilayah Persekutuan (KL-Putrajaya) dan yang terkini adalah RTA Zon Utara (Kedah-Perlis). Akan datang merupakan RTA Edisi Perak (Bagan Datuk), RTA Zon Pantai Timur (Pahang-Terengganu), RTA Edisi Melaka, RTA Edisi Sabah, RTA Edisi Sarawak dan RTA Edisi Kelantan. Barisan media bergambar bersama Presiden MTC dan Timbalan Ketua Pengarah Operasi LPP Alhamdulillah terima kasih yang tak terhingga pada rakan sis wartawan dari Majalan Laman Impiana yang sudi mempelawa sis untuk menggantikan dia yang tidak

Terima kasih abah..

Imej
Allahu.. Tanggal 20 Jamadilakhir 1439,  8 Mac 2018, 6.45 pm Abah telah kembali  ke pangkuan pemiliknya setelah diberi ujian  meningkat iman Abah.. tidak pernah marah meninggi suara malah menjentik sakitmu kau simpan tintamu jadi peneman Terima kasih abah Abah.. maafkan anakmu tidak banyak yang mampu kuberikan hanya doa keampunan  dan kelapangan alam baru Abah..  dunia ini tidak indah lagi anakmu ini  tidak sabar menemuimu nantikan doa-doa anakmu yang soleh dan solehah al-fatihah..

Rindu Makan Berhidang? Jom Ke Rumah Makan Nasi Talam Di Taiping

Imej
Salam semua.. Rinduuu nak menulis kat blog..huhu.. Nak cite pasal kejadian Ahad lepas. Sis ternampak sorang sahabat ni promote restorannya kat fb. Ni fb restoran tu  Rumah Makan Nasi Talam . Pemiliknya sis kenal masa join Jom Kurus Kevin Zahri dulu. Akak ni baik sangat. Rajin berniaga. Ada butik pengantin dekat Taman Mas Kuning, Taiping. Pelamin yang kak Shila buat semua lawa-lawa. Nanti sis kawen nak mintak kak Shila buat. Bagi discount please…huhu..😘 Kalau nak tahu, restoran ni memang lain dari yang lain. 💓 Sebabnya, ia hidangkan lauk-pauk dalam talam macam orang dulu-dulu! Errr...tapi tak dulu sangatla, zaman sis skolah pun masih guna talam ni makan bersila kat bawah berebut dgn adik2...rindu 😭 Zaman millenium ja orang makan berdiri..😨 Ingatkan nak ajak Sis as, Azam dengan mak sekali. Tapi sebab abah takda orang tengokkan, sis pegi dengan mak ja. Konon-konon taktau jalan guna la google maps. Sekali dia navigate sampai kat kedai yang sis selalu makan