Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2018

Al-Waqiah Surah Menakjubkan

Imej
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Sebelum memulakan bebelan bermanfaat ini (InsyaAllah…) sis ingin menghadiahkan Al-fatihah buat arwah abah yang telah bertemu Yang Maha Esa tanggal 8 Mac 2018 lalu. Semoga Allah lapangkan kubur abah seperti taman-taman syurga, jauhi abah dari seksaan kubur dan azab api neraka serta tempatkanlah roh abah dikalangan orang-orang yang soleh, beriman dan bertaqwa…Al-fatihah.. Amin… Pertama sekali sebelum sis mulakan bebelan ni, sis nak berterima kasih kepada seorang sahabat yang dikirimkan oleh Allah untuk dipertemukan dengan sis. Terima kasih kepada Allah swt yang mengurniakan rasa cinta pada sis lalu membuatkan sis jatuh cinta pada setiap baris kata-kata yang diucapkannya. Tatkala insan mulia ini memperdengarkan sebaris ayat suci Quran Al-Waqiah, Maha Suci Allah, sis terus jatuh cinta pada surah yang terdiri daripada 96 ayat itu. Kerana dia, kecintaan pada Al-Waqiah terus terbit sa