Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2018

Aku Dah Buat Semua Itu Tetapi Aku Rasa Tidak Cukup Bahagia!

Salam semua! Wow esok 9 Mei 2018, Rabu adalah hari mengundi. Nervous sgt sis memikirkan siapala yang bakal memimpin Malaysia selepas ini. Walau siapapun yang akan menerajui Malaysia, sis harap kita dapat hidup aman-aman. Tak perlula bergaduh, bertelagah, mengeji dan mencaci sesama sendiri. Hiduplah kita dalam sederhana. Tidak perlu terlalu fanatik dan obses terhadap sesuatu. Manusia ada kekurangan dan nafsu. Yang baik ikut, yang buruk, tinggalkan. Anyway, sis nak kongsikan penulisan kakak ni. Sis rasa ianya bagus untuk kita mendalami erti kehidupan yang sebenar. Tidak dapat buat banyak kebaikan, buat sikit sekurang2nya. Bahagiakan orang sekeliling kita. Ingati Allah selalu dan laksanakan kebaikan dengan niat Lillahi ta'ala.. Boleh ke blog kakak ni kat SINI ya.. Kali ini saya ingin berbincang mengenai persoalan yang sering bermain dalam hati kita. Dalam kesibukan kita sehari-harian, tentu pernah kita terhenti dan berfikir sejenak lalu bertanya pada diri sendiri.

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. Difikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti. Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti. Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti. Ada orang, anaknya semua lelaki. Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti. Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku. Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga. Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti. Apa masalah kita sebenarnya? Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia. Di tangan anak. Di tangan suami. Walhal yang jaga kita itu Allah. Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri. Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodo

Apakah ikhlas?

Ikhlas itu Ketika kamu temukan jalan ke syurga Tanpa hambatan Tanpa rintangan Ikhlas itu Tidak menunggu ucapan terima kasih Tidak menanti balasan yang memuaskan Tidak mundur kerana celaan dan hinaan Ikhlas itu Seringan kepakan sayapmu Santai Lepas Bebas Tidak terikat Ikhlas itu Hanya menuju kepada Allah sahaja